Sunday, 7 August 2011

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini.
Mengingatkan aku tentang satu peristiwa.
Peristiwa yang terjadi masa Ramadhan tahun lepas.

UIA.
Seminggu sebelum raya.
Hari Jumaat.
Pukul 1 tgh hari.
Sebelum ke masjid.
Ada satu panggilan.

kawan    : "slm azim."
aku        : "wslm. ya?"
kawan   : "weh. ang tau dak wan accident?"
aku       : "hah!? bila!?"
kawan  : "kemarin."
aku       : "laa. mcm mn boleh accident? dia mcm mn?"
kawan  : "tah. aku tak tau cita lg.  aku baru tau td. mak wan call mak aku gtau.dia accident dengan adik dia. ang kat mana? tak balik lg ka?" 
aku       : "MasyaAllah. aku kt kampus lg la. tak balik lg. petang ni lps semayang jumaat baru aku balik tumpang member."
kawan  : "okeh. nanti apa-apa aku gtau ang."
aku      : "okeh. tell me the updates."


On the way balik.
Keypad sentiasa ditekan.
Untuk mengetahui keadaan sahabatku.
Sahabat rapat dari sekolah rendah.
Sahabat yang sentiasa ceria tiap kali berjumpa.
Tiba-tiba, kawan aku ni call.

kawan  : "weh. adik dia dah tak dak."
(kelu lidah. titisan air mata terpaksa disorok dari kawan-kawan dlm kereta.)
aku       : "bila? Innalillah." 
kawan  : "baru ja td. syahmi call gtau aku(teresak-esak)"
aku       : "abeh tu wan macam mana?"
kawan  : "dia koma lagi. impact kepala terlampau kuat. ada yang cakap kemungkinan dia hilang ingatan."  
aku      : (kelu.) "nanti aku sampai aku call ang."
kawan : "okeh."

Diam seribu bahasa.
Tak mampu berkata-kata.
Sampai rumah.
Letak beg.
Tukar baju.
Sekali lagi handphone berbunyi.
Takut nak angkat.
Takut untuk menerima satu lagi berita buruk.
Namun terpaksa angkat.

kawan  : "slm azim."
aku       : "wslm."
kawan  : "esok nak pi rumah wan pukul berapa?"
aku      : "nak kebumi pukul berapa? ang kat mana ni? dah sampai belom?"
kawan : "belom. aku dlm train lagi ni. pukul 6 pg baru sampai. depa cakap kebumi dkt merbok. so, kita pi awai sikit la. pukul 8. okeh?"
aku      : "okeh. mai amek aku."
kawan : "orait."

Malam yang tenang.
Sejuk.
Tetapi tetap tak boleh memejamkan mata.
Stay up all night.
Until that morning.
Sesampainya di rumah wan.
Suasana sedih.
Arwah ditempatkan di ruang tamu.
Terbujur kaku.
Terbayang sekiranya peristiwa seperti ni jadi kepada aku.
Wallahualam.
Kawanku, Syazwan, selamat walaupun tidak sedarkan diri selama 5 hari.
Tersedar hanya lebih kurang 2 hari sebelum raya.
Dan mengetahui tentang pemergian adiknya hanya selepas hampir sebulan peristiwa itu berlaku.
Buat arwah Syazmin.
AL-FATIHAH.

No comments:

Post a Comment